Maksud dan ciri-ciri ajaran sesat

Maksud ajaran Sesat
    Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah


Ciri-ciri ajaran sesat
o        Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis. Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi



o        Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam contoh mendakwa semua agama adalah sama - ajaran Bahai



o        Mendewa-dewakan pemimpin sehingga  menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan – ajaran Qadiani



o        Menolak perkara yang Qat’ie  dalam Islam seperti menghapuskan jihad – ajaran Bahai dan Qadiani



o        Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat- ajaran Bahai



o        Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan kepada seseorang – ajaran Tarikat Al-Mufarridiah



o        Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati



o        Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi – bomoh


 o      Menolak hadis Mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.